Sunday, May 24, 2009

New Template...

Akhirnya...setelah hampir setahun memulakan blog nih, ummi telah menukarkan background blog ummi!!!!yes!!!usaha berjaya! USAHA??? ape yang usahanya?dengan bantuan kak arash (credit to u akak!!),clik sana, clik sini,da siap...hahaha..rupe2nya tidakla sesusah mana nak change template nih...

saje nak tuka suasana.nak slalu post kat blog ni skrg agak bermasalah...sbbnya,da jarang dapat ngadap laptop nih.cbuk sgt ngan masters class.lebih2 lagi sem 3 nih...macam nak quit jeh rasenye...sob..sob..

awaddah pun ummi da jarang bawak jalan..tunggu ye sayang,i'allah bile kadaan reda skit kite g bercuti ye sayang...

Saturday, April 4, 2009

More Awaddah...

Comelnye...anak abi ni...


Opah n cucu-cucunya..pandainya bergaya...


The most favourite dish: Cop!!!(sup daaa)


Sexy ker???

Friday, April 3, 2009

Awaddah Semakin Besar

Mmm...ari ni tepat Awaddah 2 tahun 4 bulan. Wah!besar dah anak ummi n abi. Makin banyak yang dipelajari. Agak-agaknya, mampu tak ummi n abi harungi proses pembesaran anak ini dengan baik?

Awaddah makin keletah dan lasak. semua benda hendak dicubanya.yang ummi larang, itula yang lagi disukai oleh Awaddah..cubaan...ummi uploadkan beberapa gambar terbaru Awaddah...saaaayang anak ummi...



Gaya Awaddah bergambar, senget kepala


Peace gaya Awaddah...

Heret je kuda dia kemana-mana (Tasik titiwangsa with Atok)


Cucu Atok...

Wednesday, April 1, 2009

Anak-anak

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.
Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).
Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.
Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

Kesalan Hati...

Long time since writing something...bz or buat-buat bz kot...

today, 2 April 2009...baru lepas habis usrah. satu isu yang dibentangkan adalah mengenai SOLAT. solat?perkataan tu antara perkataan pertama yang dikenali pabila lahirnya dimuka bumi ini..awaddah yang baru 2 tahun tu pun da mula mengikut bila ummi,abi, opah atau atuknya bersolat (tapi cara dia la...hahaha).

teringat juga topik daurah bulan ini ~ faedah bersolat..hai...solat,solat..rupanya masih ramai yang belum mampu menunaikan amalan ini.mudah bagi orang yang beriman tapi menyusahkan bagi mereka yang meragui keimanan diri sendiri. dalam persekitaran seperti di al-amin ini juga masih masalah yang sama berlaku - TIDAK SOLAT!

dari pelajar sampai ke kakitangan (mesti ada orang bertanya; ada ke? jawapannya; ADA.) pelajar pun ada yang mengaku selalu skip solat terutamanya solat subuh..dikalangan kawan-kawan pun ada juga masalah yang sama.bagi kita pula bagaimana?apa tugas kita?tanggungjawab kita memulihkan keadaan?doasakah kita kerana kita berada sebumbung dengannya?

sejarah menunjukkan bahawa balasan bagi satu-satu kaum itu selalunya akan menimpa semua yang berada sekeliling sekali walaupun yang tidak bersalah.itu yang menakutkan...moga-moga kemarahan Allah dijauhkan dari Al-Amin tercinta ini...

persoalan yang diutarakan, bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini dengan individu tersebut.hati perlu dijaga, maklumla,kawan kan?cara terbaiknya bagaimana? kata kak Azie, ini masalah ummah.wajib bagi kita menegurnya tapi mestilah secara berhikmah. bile tidak berhikmah,ia akan jadi alasan untuk mad'u sukar menerima nasihat.

Saturday, November 8, 2008

awaddah going to 2!

very,very soon awaddah going to be 2.only about 3 more weeks, 2nd desember. wah...da besar da anak ummi dan abi...

what ever it is, harapan ummi dan abi tetap sama,tak kira apa sahaja yamg awaddah nak lakukan, buatlah atas jalan allah. cita-cita ummi dan abi,tidak kira apa cita2 awaddah dimasa akan datang,yang penting awaddah (dan anak2 ummi yang lain) bergelar hafiz/hafizah. doktor yang hafiz/ah, engineer yang hafiz/ah,guru yang hafiz/ah...insyaallah

still thinking apa yang nak diberi pada awaddah.mmm...apa ya.xda idea la.something useful and affordable...but still thinking.28/11 - 3/12 ummi akan ikut rombongan pelajar ummi ke Lenggong, Perak untuk program Wafdul Amin. samada Awaddah ikut atau tidak, masih dalam perancangan.kalau awaddah ikut ada pro n cons nya.kalau xikut pun sama.mmm...ummi xfikir lagi jalan penyelesaiannya.tgklah cemane nanti...

ummi teringin nak wat majlis untuk bday awaddah,tp selalunya waktu tu cuti sekolah.kawan2 awaddah pun jarang datang nesery.ummi pun cuti.maybe we postpone the celebration,ok tak sayang?

New Laptop...

waaaaahhhh (bak kata awaddah when she found something that amaze her), its been sooooooo long since i post somethin' here..a month maybe...bz sgt ngn keje yang melambak2. exam lg...


now,i'm back...xda sape leh kaco teman.last 2 days, i went for window shopping, but end up with this laptop..wahh...so happy maaaaa

inilah dia my new laptop. (imah,xdpt cari y wane kuning la.kene tunggu seminggu baru dpt stok kuning) so, sambar je la yang nih...for the mean time,xsempat lagi nak explore more but in a short while insyaallah.

Sunday, October 5, 2008

Arrive from kampung...

its now 7.50 p.m.

We just arrive from kampung (kota tinggi,johor). Departure at 10.00 p.m but having so much things n jammed in Seremban, we arrive at 7.08 p.m. Ohh..near 10 hours on the road. macam balik kelantan.naik kematu punggung nih...

balik kampung 2nd raya...gilir2 la kan...this year giliran umah kl dulu, than baru balik johor. Awaddah seperti biasa,sombong ngan orang except pak su dia as paksu dia kecik lagi (baru darjah 4) n boleh get along ngan dia.siap leh gusti2 lagi tuh...

Tuesday, September 9, 2008

WHAT A BAD LUCK???

Exactly an hour ago,at 3.20 pm something happened to me.

i've got class at 3.30,so,as school ended,i took my mum n my baby home.on my way back,there are 2 cars follow me,imah n kak yati (2 of my closest friends) as i need to show them the way to '4 sisters shoppe'. it is a boutique near my house. leaving them there,n i rush home to send ibu n awaddah home.

then i realise it is just 3.08pm on my dashboard.still early.from greenwood to uia just take less than 10 minutes.so i rush back to the boutique,hoping that i have time to see one or two skirts for awaddah.parking right in front of the boutique, i felt something going to go wrong,but,what the hack to thing bout it,right?

taking my handbag,lock the car,jump sraight to the boutique.it takes me EXACTLY 2 AND HALF MINUTES ONLY in there!!!!many people can prove that!!!as i step out the boutique,terrible things happened...sob...sob...

from far,i can saw something different on the passenger car window.looks like CRACKS!!!haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???????????????????? i run over the car n nauzubillah....keretaku telah dirampok!!!!!!!ya Allah...my body start to shaking.without looking inside,i know what i'm loosing...my lovely,memorably,extraordinary LAPTOP!I felt so cold,like i'm going to collapse.donno what to do.look emptyly to the car.

suddenly,puan July (parent al-amin,also my mom's friend) walk over as she also on her way to the boutique.she ask me,da call sesape?then baru teringat nak call hubby.only GOD know my feeling that time.i can't even take care of my hubby's property!

mase nak call abang,beserah je kalau kene marah.memang da ready, tapi ya Allah,betapa tenang nya abang.siap pujuk lagi.cant forget it..."xpe sayang.bukan rezeki kite.anggap je dugaan bulan puasa.insyaallah banyak pahala orang yang bersabar ni.mana tau rezeki lain bulan ramadan ni allah nak bagi.sabarlah.banyakkan berdoa." but abang, i think i felt better if u scolded me (xpernah kene pun).i felt guilty sgt sbb benda tu boleh di elak...

few seconds,calming myself a bit,i decide to go home.no more class for today.abang insist to see me eventhough he has meeting (he told me yesterday).sampai rumah,trus naik bilik n tido(pura2 pejam mata je sbnrnya.xleh nak tdo pun).yang peliknya,awaddah pun xganggu umi langsung!biasanya,pantang nampak umi naik bilik,dia pun kedek2 naik tangga nak ikut umi.ni tak,dengar bunyi kete,she run over the grill.then she stare at me until i enter the room without even calling me once! odd..

now,feeling a bit better than before.anggap ini sebagai dugaan...astaghfirullah...

Friday, September 5, 2008

kuih raya...



baru2 ni ummi bca blog kawan ummi,unty myna kat denver.dia nak buat kuih tat nenas n sarang semut (both my favourite) sendiri kat sana coz skrg xleh import makanan lagi dari mesia.

tetibe,ummi pun rase nak buat kuih gak.da lame xbuat kuih.kuih yang paling biasa umi buat,coklat cerial.bahannya mudah,cooking coklat,cerial/cornflakes n paper cup.caranya,just cairkan cooking coklat guna double boiling. bila da cair sume coklat masukkan cerial/cornflakes dan cepat2 sudukan masuk dalam papercup.letak dalam fridge 5 minit,siap n boleh dimakan.senangkan?




benda ni biasanya ummi buat pagi raya.taun ni cam nak buat kuih suji n coklat cookies.xtaula rajin ke tak...

Ramadhan..oh..Ramadhan...

Ramadhan da masuk hari ke-6. alhamdulillah,buat masa nie,walaupun keletihan yang kadang2 agak semput untuk menanggungnya,semua berjalan lancar. setakat ni tak merasa lagi terawih di surau. alasan mudah ~ Awaddah!!!

teringat masa kecil2.ayah n ibu rajin ke surau.dan kami adik beradik juga 'rela dalam terpaksa' untuk ikut. :-)...masa kecik2 dulu,most of the time in ramadhan,aktiviti kami disurau/masjid.berbuka pun most of the time dimasjid2 or surau2 around kl.ayah suka jalan2 tukar2 surau/masjid unt iftar,terawih n iktikaf.the last 10 nights,at 3 am kami akan dikejutkan untuk qiam dimasjid As-Syafie',kg pandan.

jadual kami dibulan ramadhan ~ 1st day of ramadhan akan sahur n buka puasa dirumah nenek.buka puasa jarang sekali dirumah.ayah suka berbuka disurau2,masjid2,markas sometimes.realise that,dengan cara tu dapat elak pembaziran.

"Siakap senohong gelama ikan duri,
berbuka puasa bukannya kenduri."

time sekolah dulu,aku selalu berlumba2 ngan kawan2 untuk habis baca quran paling banyak.rekod terbanyak,time form 3,sebulan ramadhan 5kali aku khatam.but those, old story.lately,nk abis sekali pun susah. xtau mane silapnya.sekarang,masa tuk tadarus hanya harap time sekolah.kalo xda kelas kat uia,dapat gak buat skjp pas asar.kalau ada kelas,alamatnya mmg kat sekolah jela tadarrus.sbb sampai umah biasanya kol 7,buka puasa,isyak,tidokan Awaddah,terawih 8 rakaat je,trus tido.letih...letih...

Monday, August 25, 2008

Awaddah da besar...







Awaddah...
  • Lahir 2.12.2006 (Tarikh Pak Ngah nikah)

  • Aqiqah 24.12.2006 (Tarikh kenduri Pak Ngah kat umah opah)

  • Cukur 30.12.2006 (sehari sblm Raya Haji)

  • Mula makan 1.4.2007 ~ April Fool (Awaddah selalu tunjuk muka kelaparan,so,umi n opah testla bagi makan.Your 1st meal,4kpg biskut tiger yang dicairkan dengan susu Isomil.HABIS!!!Hehehe...malam tu umi kene marah ngan atuk n abi sebab bagi Awaddah makan biskut yang belum sesuai untuk infant.Opah pandai,dia tau akan kene marah,sebelum atuk n abi sampai umah,dia da tido.Umila sorang2 kene lecture malam tuh.

  • Menyarap 11.5.2007 (lambat sikit sebab Awaddah asyik nak kene dukung.letak je menangis)

  • Sunat 28.5.2007 (Awaddah sunat kat Kota Tinggi. Poliklinik Kota Tinggi. Atuk Johor yang uruskan semua)

  • Mula merangkak 19.6.2007

  • Mula duduk 6.7.2007 (Duduk dengan betul)

  • Mula bertatih 16.8.2007 (Sama ngan besday Abi. Awaddah eager nak berjalan. Pantang nampak benda yang boleh berpaut mesti nak berdiri n berjalan)

  • Gigi pertama tumbuh 5.9.2007 (2 batang gigi depan bawah. Opah kate lambat tumbuh,lambat rosak)

  • Mula jalan tanpa berpaut pada apa-apa 30.9.2007 (quite early kan?Bulan 10 da panjat tangga sendiri...fuh...mencabar...)

Awaddah lahir bulan 12,so,senang nak ingat umur dia. Sekarang bulan 8, jd umur Awaddah 1 Tahun 8 Bulan...


16 Ogos lepas kami menghadiri (or can we call organize) kenduri kecil doa selamat sempena menyambut ramadhan n also tahlil. Biasanya kenduri ni akan gabung both side,adik beradik atuk n adik beradik opah. Masa tu Awaddah jumpa makcik pakcik,datuk nenek n sepupu-sepupu.

Words yang umi dapat pasal Awaddah sume same.'Awaddah aktif. Awaddah berani buat apape pun.Awaddah nak cuba semua benda.' Hmmm...Awaddah...Awaddah...


Itu Umi xleh nak sangkal. Awaddah hanya takut bile xnampak umi je kat sisi dia kan..sayang anak umi...


Bercerita mengenai Awaddah,Umi mengandungkan Awaddah ketika umi disemester akhir pengajian Ijazah. Umi usung perut ke kelas.Pernah sekali waktu umi buat presentation depan kelas,Awaddah 'garu2' perut umi. waktu tu,tuhan je la yang tahu perasaan umi. Orang selalu cakap kat umi,mengandung waktu belajar bagus,sebab environment sekeliling yang dirasai oleh anak dalam kandungan mampu mencorak perwatakan bayi. Betul k2?

Umi xtau sejauh mane kebenarannya,but apa yang umi tengok pada Awaddah sangat memberansangkan. Mungkin betul apa yang orang cakap atau itu memang genatik (hehehe) ~ perasan. Dalam umur baru setahun lebih, perkembangan awaddah bagus terutama dari segi 'peraturan'. Lepas main toys,kemas balik masuk dalam bakul.Lepas makan,pinggan sendiri Awaddah akan hantar kat sinki (Awaddah xsampai sbb sinki tu tinggi but Awaddah campak je pinggan tu masuk sinki.Campak??xpe,pinggan umah kite sume gune melamin.Opah da tukar semua pinggan mangkuk dari kaca ke melamin sbb skrg opah da ada 2 cucu!!).Kalo Awaddah nampak umi siapkan makanan atas meja mesti Awaddah nak tolong gak~sifat2 anak dara mithali??Awaddah pegi kat rak pinggan (rak tu rendah untuk dicapai oleh Awaddah) tolong umi amik semua pinggan dan atur kat atas meja (meja jepun je).SEMUA???thats the problem!Awaddah akan amik semua pinggan yang ada kat RAK! hehehe...but then,Awaddah akan jadi lauk gak sbb Awaddah suka duk atas meja kacau lauk yang ada..:-)))

Sekarang Awaddah da mula baca Alif Ba Taa. Lepas magrib,bile umi baca Qur'an Awaddah pun cbuk amik muqaddam dia suh umi ajar. so cute...Rancangan favourite Awaddah: Indahnya Iman (Astro Oasis-atuk cakap,tiap kali waktu ada indahnya iman,itu priority unt cucu atuk tgk.orang lain kene beralah,berenti tgk cite lain...uhuk...uhuk...uhuk...),Upin & Ipin,Lagu ABC n Alif Baa Taa dalam komputer.tiap2 ari umi kene pasangkan.

Awaddah suka bercakap,cume ayat je xkedengaran lagi.Mak lang kate Awaddah ckp bahasa KOREA.hahaha... kuat membebel anak umi ni. banyak words yang awaddah da boleh sebut. Umi,Abi,Opah,nak,xnak,finish,hand dan banyak lagi.sangat keletah n banyak mulut.

Umi gembira dapat tgk perkembangan anak umi walau cbuk dengan kerja2 di sekolah, dan juga cbuk dgn thesis/assignment umi yang melambak skrg nih.Doa umi agar Awaddah jadi seorang muslimah yang solehah...AMIN...

Umi MC

Mmm...ari ni Umi MC.Doktor bagi 2 hari MC.

Sebabnya???Demam je.tapi maklumla,orang jarang demam ni,skali kene,fuh!!macam nak mati dibuatnya!Mula malam tadi,rase mcm nak lelah.Umi mmg ada lelah,but very lightla.biasanya happens once or twice a year.pukul 9 umi da tdo.Sebenarnya da tak larat tapi abi suh tahan sampai isyak dulu.takut tak sempat buat sblm subuh.

tgh malam terbangun,badan menggigil-gigil.abi test suhu badan umi,40.9degree!!!abi nak bawa g klinik but umi xmampu nak bangun.so,abi urut je umi sampai umi tetido balik.lepas subuh,abi siap2kan Awaddah n ajak umi g klinik.kami anta opah ke sekolah,Awaddah ke neseri,mak lang n pan anjang ke uia,then kami g klinik.

Dr cakap tonsil umi da bengkak n merah.lungs is ok but need precaution tuk elak kene athma..dr bagi antibiotik paling kuat (bak kata dia) n MC 2 hari.hari ni,agenda hanya 1,tidur...tidur...dan tidur...

Friday, August 22, 2008

Awaddah kene tinggal

Rabu lepas (20/8),umi pergi Perak ngan unty Fatimah n anak2 murid umi.Kami pergi unuk survey tempat Wafdul Amin..Insyaallah jangka buat di Lenggong.


Plan asalnya,bertolak kol 7 pagi n jangka akan sampai balik ke Al-Amin sblm kol 10 mlm.jadinya,pagi tu umi anta Awaddah ke nursery.Abi atau Atuk akan amik Awaddah petang nanti.

Kami bertolak agak lambat,dalam pukul 8++.so,terpaksalah tempuhi 'jem' kat jalan Duta tuh. Tapi perjalanan sangat menyeronokkan.Singgah makan di Tapah n kami tiba di Lenggong tepat2 sblm waktu orang keluar lunch.

Orang MDL (Majlis Daerah Lenggong) agak cbuk kerana mereka semua terlibat dengan persediaan Sambutan Kemerdekaan. Settle hal kat MDL,kami pergi mandi di Lata Kekabu.Best giler...but before that singgah dulu medan ikan bakar tuk bli makanan~konon2 nak piknik la..heheh...

Mula2 umi malas nak mandi takut penat nak drive balik nnt,tapi bile tengok air,mana bisa tahan dong...gedeburrrr...hujan yang datang tetiba membantutkan keinginan untuk berlama2 didalam air.kami semua siap2 n naik kereta~destinasi berikutnya:Kuala Kangsar!!!!!

Kuala Kangsar:nama yang menggamit memori silam.Umi pernah tinggal disini dalam 5 tahun (1991-1994).membesar,bermain dan bersekolah disini...Alhamdulillah umi ingat lagi kawasan2 best nak bawa rombongan dari KL ni jalan.kami makan Laksa Kuala n cendol kat Lembah,jalan2 bli cenderamata,tgk jeti Sg Perak,Sembahyang di masjid Ubudiyyah,pusing2 Bukit Chandan,Tgk muzium Sultan Azlan Shah (tgk dari luar jek).

Last place kitorang pergi adalah jeti Sg. Perak.waktu tu da pukul 7. Dekat situ umi terduduk kepenatan.umi cakap ngan unty Imah "Mah,akak penat sgtla.letih rasa 1 badan." mane xletihnya,drive straight dari KL,sepanjang hari.(kami g 2 kete,1 kete umi,1 kete Unty Imah).Unty Imah pun jawab "haah la kak,sy pun penat gak."unty Imah lagila,bawak anak sedara lagi.si Aliyah tu pun ikut gak."Kite tidur sini nak?"tya unty Imah.

Masa tu umi terbayang Awaddah n Abi.maksudnya,umi xkan jumpa anak umi n suami umi mlm ni..alaaaa...ciannye.rindula umi...lagipun cemane?sape nak jaga Awaddah esk?opah nk keje,opah pun xchat sgt tuh.abi pun keje.umi call abi n opah.abi kate xpe,abi uruskan sume.

Panggil sume orang bincang (students umi apalagi,seronokla dorang!!!),sume stuju lepas minta izin parents memasing untuk lepak 1 mlm kat K.K. MASALAH!!!!kami sume xbawa apape persediaan tuk bermalam n kat mane kami nk tdo???kami nk uruskan tempat rehat dulu baru pikir yang lain.alhamdulillah,kami dapat maklumat dari seorang pelajar umi,masjid kat tengah pekan (masjid ridzwaniyah) ada rumah rehat untuk musafir.rezeki kami dapat menumpang kat situ semalam.

settle 1 masalah.pastu kami g pekan,nasib baik ada kedai xtutup lagi (kat pekan ni kol 9mlm da 'mati' da.kedai makan pun xbyk mane yang buka.bukan cam KL,banyak kedai 24 jam),kami pun shopping barang2 penting (tuala,brus gigi,baju tdo etc).esok alamatnya pakai baju sama balik la...hahaha...

sblm balik ke bilik,kami dinner dulu.pukul 11,semua orang da slamat belayar ke alam mimpi...pagi2 kami bangun n sarapan,pastu pegi balik ke jeti sg perak.alang2 da ada kat K.K ni,xsah kalau xg naik bot panjang kat jeti.pakcik bot tu kenekan bayaran RM3 seorang,puas kami dok dalam bot tu.students umi cbuk amik gambar,macam2 gaya.macam titanic pun ada.hehehe...

puas berjalan,kami pun bergerak balik ke kuala lumpur.WAH!!!!Rindunya umi pada anak umi...sampai dalam kol 3.30,umi trus g nesery amik Awaddah.Awaddah peluk umi kuat2.rindu ye sayang.maaf ye sayang,umi bukan sengaja tinggalkan Awaddah...

Sunday, August 17, 2008

Awaddah...

makin nakal sekarang...aim ummi,minggu ni nk luangkan masa yang ada ngan awaddah tau.nnti bebile kite g piknik,main kt playground n get some new toys for u.

Rancangan cuti sekolah

Isnin - Jumaat
Lepas subuh - masak breakfast (abang suka bawa bekal kalau aku masak...hehehe...)
Pas abang pegi keje - siapkan awaddah dan anta dia ke neseri (aku g uia)
Zohor - dok uia smpi zohor.amik wadah n balik selesaikan kerja dirumah sikit
3.15 pm - g klass smpi kol 6.30
7.00 pm - balik n rehat
Malam - layan awaddah smpi dia tidur.then,tgk tv sambil gosok baju @ bende y sewaktu dengannya (yg boleh dibuat smbil tgk tv)
Tgh malam - kalau xletih sgt,smbung wat assignment,kalau tak,terus ZZZZZZZZZZZ...

Cuti sekolah

mmm...cuti sekolah dah bermula.SEMINGGU!!! cam tak cukup je untuk buat macam2 kerja-layan suami+anak (maklumla,biasa sibuk sampai tak sempat nk layan sangat),tanda kertas periksa (nasib tinggal dua jeh-BM f1 + akaun f4),assignment yang bederet-deret

1.content paper tuk software design
2.survey for stats n measurement class (oh...bile nk siap nih?soalan pun blum buat,nk cari 50 orang tuk fill in the survey plaks tuh...sempat ke tak nih???)
3.research for islamic HR lagi...

Ikutkan rase,tak termampu nak buat semuanya.tanggungjawab untuk belajar,kerja,
sebagai ibu,isteri,anak...banyaknye...penah gak macam rasa menyesal sambung belajar...nauzubillah..tapi penat sgt...mengadap pelajar dan tugas2 yang banyak disekolah dari pukul 7.30 - 3.30,3.30 punch out n rush g ke class pulak.class start 3.30,so mmg xternafi lagi yang aku akan smpi lambat ke class (tp awawal da bgtau prof,nasib baik dorg sporting).class normally ended around 6.30,rabu is the worth,magrib kedengaran baru dr.Johdi bentikn kelas.

Normally smpi umah more than 7 pm.sampai umah mesti main ngan awaddah dulu...RINDU maaa..dari pagi tak jumpa dia.tapi lasaknya dia sampai kekadang time tidurkan dia,aku pun tertidur sekali.campur dengan penat lagi.awaddah biasa tidur kol 8.30mlm.

Entahla,aku tak tau macamana.orang sekeliling pun mungkin xtahu apa yang aku rasa.semuanya perlu buat.semua tanggungjawab nk kene selesaikan.yang orang tau bising,bising dan bising.nak mengerti perasaan ini?jauh sekali..aahh..bosannya.pernah gak rasa cam nk lari dari semua ni buat seketika (tp nk bw awaddah skali.hehehe).nk g jauh2,buat apa nk buat,tak terikat ngan apa2 tanggungjawab...YA ALLAH,inilah yang berada dalam fikiran bila syaitan memainkan peranannya menyesatkan manusia.menimbulkan rasa ragu dalam hati.NAUZUBILLAH...

Tuesday, August 12, 2008

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Monday, August 4, 2008



Awaddah bersama umi dan abi...

saat-saat membesar






malang tidak berbau. a day before,awaddah jatuh meja,mata terhentak kat kerusi.the next morning,ngantuk2,tapi cbuk nk baring kat perut umi.dok tgh panjat perut umi,tergelincir plak.tersembam muka kat lantai...dok tgh nangis2,trus tetido.abi saje amik gambar buat kenangan.xpe sayang,itu ujian allah pada kita.abi n umi sayang awaddah tau..buah hati cahaya mata umi n abi.





Awaddah diumur 7 bulan...sibuk bersama mengemas ketika pindah dari kuarters Sg. Pusu ke Tmn Melewar...