Wednesday, April 1, 2009

Kesalan Hati...

Long time since writing something...bz or buat-buat bz kot...

today, 2 April 2009...baru lepas habis usrah. satu isu yang dibentangkan adalah mengenai SOLAT. solat?perkataan tu antara perkataan pertama yang dikenali pabila lahirnya dimuka bumi ini..awaddah yang baru 2 tahun tu pun da mula mengikut bila ummi,abi, opah atau atuknya bersolat (tapi cara dia la...hahaha).

teringat juga topik daurah bulan ini ~ faedah bersolat..hai...solat,solat..rupanya masih ramai yang belum mampu menunaikan amalan ini.mudah bagi orang yang beriman tapi menyusahkan bagi mereka yang meragui keimanan diri sendiri. dalam persekitaran seperti di al-amin ini juga masih masalah yang sama berlaku - TIDAK SOLAT!

dari pelajar sampai ke kakitangan (mesti ada orang bertanya; ada ke? jawapannya; ADA.) pelajar pun ada yang mengaku selalu skip solat terutamanya solat subuh..dikalangan kawan-kawan pun ada juga masalah yang sama.bagi kita pula bagaimana?apa tugas kita?tanggungjawab kita memulihkan keadaan?doasakah kita kerana kita berada sebumbung dengannya?

sejarah menunjukkan bahawa balasan bagi satu-satu kaum itu selalunya akan menimpa semua yang berada sekeliling sekali walaupun yang tidak bersalah.itu yang menakutkan...moga-moga kemarahan Allah dijauhkan dari Al-Amin tercinta ini...

persoalan yang diutarakan, bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini dengan individu tersebut.hati perlu dijaga, maklumla,kawan kan?cara terbaiknya bagaimana? kata kak Azie, ini masalah ummah.wajib bagi kita menegurnya tapi mestilah secara berhikmah. bile tidak berhikmah,ia akan jadi alasan untuk mad'u sukar menerima nasihat.

2 orang taip:

ummu awaddah said...

Tu namanya hakikat kehidupan.Sampai nak mati pun byk tanggungjawab yg perlu kita buat.Even kita kat al amin pn tanggungjawab amar makruh nahi munkar tak kan selesai sbb manusia yg ade kat al amin ni sentiasa akan bertukar.Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan keimanan semoga Allah memelihara kita dari bala'

almuna said...

betul awak kata. Mata ni nampak jugak adanya individu yang awak sebut tu tapi tak pasti betul tak solat kerana uzur atau apa...hati kecil ni kadang2 marah pada diri sendiri kerana sibuk sangat sampai tak nampak keadaan sekeliling. Tapi yang pasti di akhirat akan disoal kerana sebagai ketua, buat tidak peduli. Sebagai kawan membiarkan saja, tak peka....