Monday, August 25, 2008

Awaddah da besar...







Awaddah...
  • Lahir 2.12.2006 (Tarikh Pak Ngah nikah)

  • Aqiqah 24.12.2006 (Tarikh kenduri Pak Ngah kat umah opah)

  • Cukur 30.12.2006 (sehari sblm Raya Haji)

  • Mula makan 1.4.2007 ~ April Fool (Awaddah selalu tunjuk muka kelaparan,so,umi n opah testla bagi makan.Your 1st meal,4kpg biskut tiger yang dicairkan dengan susu Isomil.HABIS!!!Hehehe...malam tu umi kene marah ngan atuk n abi sebab bagi Awaddah makan biskut yang belum sesuai untuk infant.Opah pandai,dia tau akan kene marah,sebelum atuk n abi sampai umah,dia da tido.Umila sorang2 kene lecture malam tuh.

  • Menyarap 11.5.2007 (lambat sikit sebab Awaddah asyik nak kene dukung.letak je menangis)

  • Sunat 28.5.2007 (Awaddah sunat kat Kota Tinggi. Poliklinik Kota Tinggi. Atuk Johor yang uruskan semua)

  • Mula merangkak 19.6.2007

  • Mula duduk 6.7.2007 (Duduk dengan betul)

  • Mula bertatih 16.8.2007 (Sama ngan besday Abi. Awaddah eager nak berjalan. Pantang nampak benda yang boleh berpaut mesti nak berdiri n berjalan)

  • Gigi pertama tumbuh 5.9.2007 (2 batang gigi depan bawah. Opah kate lambat tumbuh,lambat rosak)

  • Mula jalan tanpa berpaut pada apa-apa 30.9.2007 (quite early kan?Bulan 10 da panjat tangga sendiri...fuh...mencabar...)

Awaddah lahir bulan 12,so,senang nak ingat umur dia. Sekarang bulan 8, jd umur Awaddah 1 Tahun 8 Bulan...


16 Ogos lepas kami menghadiri (or can we call organize) kenduri kecil doa selamat sempena menyambut ramadhan n also tahlil. Biasanya kenduri ni akan gabung both side,adik beradik atuk n adik beradik opah. Masa tu Awaddah jumpa makcik pakcik,datuk nenek n sepupu-sepupu.

Words yang umi dapat pasal Awaddah sume same.'Awaddah aktif. Awaddah berani buat apape pun.Awaddah nak cuba semua benda.' Hmmm...Awaddah...Awaddah...


Itu Umi xleh nak sangkal. Awaddah hanya takut bile xnampak umi je kat sisi dia kan..sayang anak umi...


Bercerita mengenai Awaddah,Umi mengandungkan Awaddah ketika umi disemester akhir pengajian Ijazah. Umi usung perut ke kelas.Pernah sekali waktu umi buat presentation depan kelas,Awaddah 'garu2' perut umi. waktu tu,tuhan je la yang tahu perasaan umi. Orang selalu cakap kat umi,mengandung waktu belajar bagus,sebab environment sekeliling yang dirasai oleh anak dalam kandungan mampu mencorak perwatakan bayi. Betul k2?

Umi xtau sejauh mane kebenarannya,but apa yang umi tengok pada Awaddah sangat memberansangkan. Mungkin betul apa yang orang cakap atau itu memang genatik (hehehe) ~ perasan. Dalam umur baru setahun lebih, perkembangan awaddah bagus terutama dari segi 'peraturan'. Lepas main toys,kemas balik masuk dalam bakul.Lepas makan,pinggan sendiri Awaddah akan hantar kat sinki (Awaddah xsampai sbb sinki tu tinggi but Awaddah campak je pinggan tu masuk sinki.Campak??xpe,pinggan umah kite sume gune melamin.Opah da tukar semua pinggan mangkuk dari kaca ke melamin sbb skrg opah da ada 2 cucu!!).Kalo Awaddah nampak umi siapkan makanan atas meja mesti Awaddah nak tolong gak~sifat2 anak dara mithali??Awaddah pegi kat rak pinggan (rak tu rendah untuk dicapai oleh Awaddah) tolong umi amik semua pinggan dan atur kat atas meja (meja jepun je).SEMUA???thats the problem!Awaddah akan amik semua pinggan yang ada kat RAK! hehehe...but then,Awaddah akan jadi lauk gak sbb Awaddah suka duk atas meja kacau lauk yang ada..:-)))

Sekarang Awaddah da mula baca Alif Ba Taa. Lepas magrib,bile umi baca Qur'an Awaddah pun cbuk amik muqaddam dia suh umi ajar. so cute...Rancangan favourite Awaddah: Indahnya Iman (Astro Oasis-atuk cakap,tiap kali waktu ada indahnya iman,itu priority unt cucu atuk tgk.orang lain kene beralah,berenti tgk cite lain...uhuk...uhuk...uhuk...),Upin & Ipin,Lagu ABC n Alif Baa Taa dalam komputer.tiap2 ari umi kene pasangkan.

Awaddah suka bercakap,cume ayat je xkedengaran lagi.Mak lang kate Awaddah ckp bahasa KOREA.hahaha... kuat membebel anak umi ni. banyak words yang awaddah da boleh sebut. Umi,Abi,Opah,nak,xnak,finish,hand dan banyak lagi.sangat keletah n banyak mulut.

Umi gembira dapat tgk perkembangan anak umi walau cbuk dengan kerja2 di sekolah, dan juga cbuk dgn thesis/assignment umi yang melambak skrg nih.Doa umi agar Awaddah jadi seorang muslimah yang solehah...AMIN...

3 orang taip:

SyahNur said...

salam hani.. da baik demam ke??
awaddah ni bih kurang cam anak2 aku je.. terlebih lasak! umur 10 bulan da pandai panjat2 katil, tp jalan lmbat umur 1 thn 2 bln br pandai jalan tanpa berpaut ape2.. so, panjat memanjat ni mmg da PHD la utk anak2 aku ni.. bile la twins nk jumpe awaddah ni?? hehe..

re: x sangka, ingat lg KC ngan kuih tat aku tu.. thn ni aku jual lg kuih tat tu, kalo ko nk, aku blh buat order RM20 utk 50pcs (tp blh kurang lg kalo beli lebih, hehe..) nnti aku carik balik resepi tat tu.. aku pun da x ingat letak mane.. utk jem nenas tu pun buat sendiri, nk gak ke resepi jem di??

SyahNur said...

re: i'll take ur order! resepi tu aku tgh usaha carik.. ntah kemana ntah.. nnti aku tny mak cik aku, sbb aku da turunkan ilmu kt makcik aku, dia la yg tolong aku meneruskan pembuatan tat ni.. hehe.. ok, u'll get discount! ko nk seminggu sblum raya ke?? nnti sms aku bile ko nk k!

almuna said...

hani, awak ambik gambar real t shirt yang pompuan tu, biar akak promo kan.
he he kelakar la cite pasai waddah...cute betul